Monday, December 14, 2009



Jom Datang Beramai-Ramai..
Semua dijemput hadir


1. Tahukah anda?
Orang dewasa perlu tidur antara 4 - 8 jam ? Sekiranya tidur bukan dalam tempoh itu (tidur tidak cukup) dan tidur pada jadual yang tidak sistematik badan dapat mengeluarkan sejenis hormon bernama cortisol yang akan melemahkan badan kita. Jadi jangan anda porak-perandakan waktu tidur dan kesihatanubuh anda!! Badan kita juga mempunyai hak dan satu anugerah serta amanah Allah untuk dijaga.


2. Siapa yang suka makan buah tembikai..syabas diucapkan..Nak tahu kenapa? Cuba teka dulu..jawapannya ialah kerana dalam buah tembikai mengandungi 92% air dan 8% gula. Ia juga mengandungi anti-oksidan iaitu lycopene yang mampu mencegah pelbagai penyakit terutama kanser. Justeru, jom sama-sama kita makan buah tembikai.






3. Tips untuk cantik / tampan hakiki tanpa perlu bersolek :
a) Jaga solat (awal waktu, hayati, bermula dari wudhuk)
b) Jaga hubungan dengan manusia
c) Jaga hati
d) Sentiasa senyum
e) Berfikiran positif
f) Jaga adab dan sopan
g) Istiqomah dalam ibadah


4. Tahukah anda?
Kuku tangan memanjang 4 kali ganda lebih cepat berbanding kuku kaki.

Wahai Sahabatku, Ujian Itu Satu Tarbiah




Sahabat,
Ayat-ayat cinta daripada Allah swt adalah satu ubat syifa' bagimu dalam mengharungi mehnah dan tribulasi duniawi ini.
Sahabat,
Aku tahu kau sungguh tabah dan kuat menghadapinya, jika kau rasa dirimu lemah ingatlah wahai sahabatku, kami sentiasa ada dibelakang untuk menyokongmu..
Sahabat,
Hidup di dunia ini hanyalah sementara dan akhirat adalah buat selama-lamanya. Tanam apa yang ada di dunia ini, hasil kita akan tuai di akhirat kelak..
Sahabat,
dalam perjuangan ini tidak akan habis dan tali-tali perjuangan Rasulullah saw kita wajib sambung..
Sahabat,
kami sangat menyanyagimu..
Nukilan Khas Buat,
Sahabat 587

Wednesday, September 16, 2009

SALAM RAMADHAN DAN SYAWAL

ALHAMDULILLAH..akhirnya dapat juga update blog ni..banyak perkara yang tidak dapat dielakkan menyebabkan nak update blog ini ambil masa yang lama..
beberapa hari lagi, ramadhan akan pergi meninggalkan kita semua.. di BUMI TAWAU ini, berpusu-pusu orang ramai membeli barang-barang sempena hari raya yang akan tiba.. pada 27 ramadhan 1430H, pagi tadi terima sms, Cikgu fatmang (ajar BM) masa di SM KONVEN ST URSULA juga penggerak kepada harakah islam telah kembali ke rahmatullah.. moga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman..al-fatihah..

moga madrasah ramadhan yang telah kita lalui bersama dapat menjadikan kita lebih beriman dan meningkat ketakwaan pada bulan lain juga..ramadhan kali ini banyak menginsafkan diri saya dalam meneruskan kehidupan di masa akan datang kelak..insya'allah..

sambutlah syawal yang bakal tiba dengan kesederhanaan, tanda syukur kita kepada-NYA..saya menyusun 10 jari memohon maaf atas apa yang telah saya lakukan kepada sahabat-sahabat dan bagi yang mengenali diri ini. insya'allah jika diberi kesempatan yang ada ini,kita akan bertemu lagi di alam maya ini.

Tuesday, April 28, 2009

Labibah Ahmad, Ketua Muslimat Ikhwan Muslimun Pertama


Kekuatan Ikhwan Muslimun khususnya di Mesir tidak hanya bergantung kepada penampilan sayap Pemuda dan Ulama semata-mata, tetapi juga bergantung kepada sejauh mana penglibatan Muslimat dalam sepak terajang politik Mesir yang penuh dengan penipuan, penindasan serta memilih warna kulit dalam kancah politiknya.
Penglibatan Gerakan Akhwat (sayap Muslimat) Ikhwan Muslimun turut mewarnai kancah politik Mesir, yang bukan sahaja menitik-beratkan persoalan yang dihadapi golongan wanita, iaitu membebaskan mereka daripada berpegang teguh kepada ajaran agama Islam kepada berpegang dengan ajaran Islam itu sendiri, ini kerana Mesir tidak terkecuali disenaraikan sebagai sebuah negara yang diancam Barat dengan gerakan pembebasan wanita.

Sesungguhnya anggota Akhwat Gerakan Ikhwan Muslimun amat kental dan sinonim dengan Islam. Mereka mengerahkan seluruh tenaga yang ada bagi memastikan agar wanita Islam di Mesir dibela melalui program yang boleh menyelamatkan akidah mereka daripada terjerumus dalam kancah penentangan terhadap hukum-hukum Allah SWT seperti bebas bergaul dengan lelaki tanpa mengambil kira batas-batas yang diharamkan, mendedahkan aurat sebagai bukti menuju kejayaan dan bermacam-macam elemen lain yang melayakkan mereka menjadi ahli neraka.

Antara tokoh wanita yang dimaksudkan berjaya memimpin golongan sejenis dengannya ialah Labibah Ahmad, yang merupakan Ketua Akhwat Muslimat pertama yang juga sayap wanita Gerakan Ikhwan Muslimun yang dikenali sebagai cukup kental dengan pendirian terhadap agama Islam yang menjadi teras kepada perjuangan Ikhwan Muslimun.
Penglibatan Labibah dalam Ikhwan Muslimun

Labibah satu nama besar dalam memimpin sayap wanita Ikhwan atau lebih dikenali sebagai Akhwat Muslimat. Beliau dilahirkan pada 1292H/1875M di Kaherah dari sebuah keluarga mulia yang menitik-beratkan pendidikan agama, belajar di peringkat rendah di tangan ahli keluarganya yang berpendidikan agama dengan memulakan belajar bahasa Arab dan beberapa ilmu asas agama seperti Sirah Nabi Muhammad s.a.w., ilmu sastera, syari'at Islam dan lain-lain.

Dalam peringkat menengah pula, keluarga Labibah menghantarnya ke sebuah sekolah yang mengajar mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah hingga mampu menguasai semua subjek agama dengan baik serta mencapai pengetahuan luar biasa kerana penguasaannya yang disifatkan sebagai pelajar terbaik ketika itu.

Selepas menamatkan pengajian peringkat menengah, Labibah menulis bahan-bahan rencana berbentuk Islam kepada beberapa akhbar tempatan untuk disiarkan dengan menggunakan pelbagai nama pena bagi mengaburi pihak berkuasa. Kebanyakan tulisannya berbaur seruan kepada wanita untuk bangkit menyatakan hak mereka yang diabaikan oleh pihak berkuasa.

Mula menggerakkan wanita di negaranya apabila menganjurkan satu revolusi kebangsaan pada 16 Mac 1919 bersama Huda Sya'rawi dan Nabawiyyah Musa (aktivis pembebasan wanita terkenal di seluruh Mesir dengan kelantangan suara mereka menyatakan hak kaum wanita) menghadapi penjajah Inggeris yang menyekat revolusi berkenaan. Revolusi kebangsaan itu mendapat liputan meluas akhbar-akhbar seluruh dunia apabila menyatakan bahawa wanita Mesir bangkit melawan Inggeris yang mengehadkan pergerakan dan hak wanita. Revolusi itu diperkuatkan dengan penyertaan tokoh-tokoh pejuang kebangsaan Mesir ketika itu seperti Qadim Amin, Sa'ad Zaghlul dan Mahmud Samy al-Barudi.

Pada 1923, Huda Sya'rawi mengasaskan Kesatuan Wanita yang masih dilihat oleh Labibah hanya terbatas pada perkara-perkara pokok sahaja. Justeru, beliau mengasaskan pula 'Pertubuhan Kebangkitan Wanita-wanita Mesir', ia meliputi aspek akhlak, kemasyarakatan, keagamaan yang bersandarkan kepada hukum Syariat Islam yang tidak dibuat atau diperkenalkan oleh Huda Sya'rawi.
Pertubuhan yang diasaskan oleh Labibah itu turut menyediakan program ilmu yang memacu wanita untuk menjadi golongan terpelajar dalam apa jua bidang yang diceburi mereka, terutama golongan pekerja kedua-dua sektor kerajaan dan swasta bagi memastikan produk Mesir dalam dihasilkan dengan jayanya.

Tidak cukup dengan itu, Labibah menerbitkan sebuah majalah melalui pertubuhan yang diasaskan, yang dikenali dengan 'Majalah Kebangkitan Wanita' yang beroperasi selama 20 tahun sehingga permitnya dihentikan oleh pihak berkuasa atas sebab-sebab tertentu pada 1942. Majalah itu mendapat sambutan menggalakkan kerana beberapa rencana yang termuat di dalamnya ditulis oleh tokoh-tokoh pemikir Islam termemuka seperti Syakib Arsalan, ar-Rafi'ie, Farid Wajdi serta Muhibuddin al-Khatib.

Hasan al-Banna dapat hidu ketangkasan Labibah

Ketangkasan kepimpinan Labibah dihidu oleh pengasas Ikhwan Muslimun, Imam Syahid Hasan al-Banna apabila Almarhum membuka sayap wanitanya yang dikenali sebagai Akhwat Muslimat. Imam Hasan mempelawa Labibah untuk mengisi jawatan ketua sayap berkenaan pada 1948, setahun sebelum kewafatan Imam Syahid yang ditembak mati, Labibah menerima pelawaan itu dan mejadi Ketua Akhwat pertama.

Labibah menerajui sayap Akhwat berkenaan selama 10 tahun, akhirnya beliau terpaksa melepaskan jawatan itu bagi memberi laluan kepada pelapis selepasnya. Beliau menghabiskan sisa-sisa hidup dengan membaca kitab-kitab agama khususnya yang berkaitan dengan Syari'at Islam. Labibah meninggal dunia pada usia 80 tahun iaitu pada 1955M/1385H di pangkuan keluarga tercinta. - Justeru, saya menyeru kepada semua muslimat, buktikan diri kita boleh menjadi sayap kiri bagi perjuangan menegakkan kalimah Allah swt..


ADAPTASI : www.harakahdaily.net
(Sumber: www.ikhwanonline.com, http://ar.wikipedia.org)

Tuesday, April 21, 2009

salam mehnah wa imtihan..

Lama rasanya tangan ini tidak menari di keyboard computer ini untuk mencetuskan buah fikiran dan pengalaman untuk dijadikan peringatan dan ibrah bagi diri ini terutamanya..sebelum imtihan ini bermula, diri ini disibukkan dengan tesis yang perlu disiapkan segera untuk pemarkahan, dan alhamdulillah VIVA selepas imtihan, boleh lah diri ni bersiap sepenuhnya.. Hari Jumaat yang lalu telah ku hantar dan petangnya ada USRAH di SMK TEKNIK, LIKAS...ku gagahkan juga diri untuk berkongsi ilmu ILAHI dengan mereka walaupun diri ini penat dan letih..sampai saja di SMK TEKNIK, begitu ramai adik-adik yang hadir, termasuk kali ini, kali ke-2 buat pengisian di Surau an-nur..fikiranku ligat berfikir, jika aku sudah balik tempat ku dilahirkan nanti dalam bulan mei, siapa akan teruskan usrah disini??, siapa akan pantau adik-adik disini,?? bila, bagi pengisian, adik-adik ini sangat berminat walaupun ilmu di dada tidak sebanyak mana tapi teringat sabda Nabi Muhammad saw," Sampaikanlah walau satu ayat"..ku teruskan juga..mereka ini lahir dalam latar belakang famili yang pelbagai, ada seorang yang baru masuk ISLAM, Najwa namanya..sangat baik budaknya..(post akan datang boleh lihat gambar-gambar adik-adik ini)..
Sabah Bumi Dakwah, memang satu realiti yang benar, penduduk Sabah sangat kurang dengan suasana ilmu, tapi hiburan jadi pilihan utama..adik-adik usrahku ini, ada yang belum tahu mengaji walaupun sudah berusia 17 tahun..hatiku sedih nak meninggalkan Kota Kinabalu nanti, ku sayang dakwah yang dijalankan disini, ku sayang adik-adik disini hendka ditinggalkan sebelum aku sempat menabur benih tarbiyyah dengan mereka..YA ALLAH BERIKAN AKU KESEMPATAN AGAR KU MUDAH BERGERAK KERJA DAKWAH DAN MEYAMPAIKAN ISLAM DENGAN KEIZINAN-MU..
Insya'Allah dalam perancangan akan mencari kerja di bumi KOTA KINABALU ini dan meneruskan gerak kerja dakwah..kepada sahabat-sahabat, teruskan apa yang diperjuangkan dan selamat menghadapai imtihan..
Teringat satu kata-kata daripada sahabat " study itu satu wasilah, ilmu adalah matlamat, exam itu hanya pengukur zahiriah"..

Sunday, March 1, 2009


<
Maksud firman Allah SWT:Maksud firman Allah SWT:

“... dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian) dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya).” (Al-Baqarah:217)



Jumaat lepas kami menunaikan Solat Jumaat di Kampung Kobuni, Inanam. Kehadirannya seperti biasa tidak mencecah 35 orang. Apapun usaha Persatuan Siswazah Sabah (PSS) memohon dan memastikan Solat Jumaat dibenarkan untuk dilaksanakan di sini adalah usaha yang harus dipuji. Kalau di kampung sendiri pun Solat Jumaat tidak dapat pergi, masakan kalau dibuat di tempat lebih jauh lagi dapat dilaksanakan?

Minggu ini masuk minggu ketiga solat Jumaat dilaksanakan di kampung ini. Seusai solat, seperti biasa kami duduk berbincang isu-isu semasa bersama penduduk kampung. Dari isu kerajaan Perak, Elizabeth Wong, sampailah ke isu evergreen, khususnya di Sabah. Isu murtad. Pengislaman beramai-ramai zaman USNO di bawah Tun Datu Mustapha sekitar tahun 1975 untuk membolehkan Islam dijadikan agama rasmi negeri Sabah, tetapi tidak ada susulan pendidikan Islam kepada suadara baru menyebabkan banyak paksi Islam yang belum sempat ditanam kemas tercabut dari hati penganut.

Isu murtad bukan isu kecil. Ia melibatkan aqidah, penukaran terus akar dan pasak kepercayaan dan gugur keyakinan dari keimanan yang tunggal. Jangankan yang murtad, yang mengaku Islam pun kang kali kung. Tidak pernah solat, tidak menutup aurat, tidak kenal pun Islam. Anak-anak di sini, diajar solat, disuruh rukuk, mereka membuat gaya orang sedang menghisap rokok. Rokok je mereka pernah dengar. Rukuk? Tak pernah!

Paling menyedihkan, isu murtad bukan berlaku di tempat yang sayup-sayup, tak tercapai oleh mata telinga. Ia berlaku di laman rumah kita sendiri! Penduduk Kg. Kobuni menceritakan bagaimana di Kg. Kionsom Kecil, yang baru didiami oleh 8 buah keluarga, salah satu daripadanya telah murtad! Kes biasa-suami Islam, isteri ikut masuk Islam untuk kahwin, cerai, isteri murtad bersama anak-anak. Begitu juga dengan beberapa keluarga lain di situ, sedang keluarga-keluarga yang lain sentiasa terdedah kepada ancaman yang sama, ekoran banyaknya gereja dan hebatnya gerakan Kristianisasi di situ! Lapar? Kesian. Nah kami beri duit poket bulanan. Beras nak? Sardin perlu? Ish,ish..teruk juga kehidupan kamu ni. Orang Islam tak tolong? Kesian. Ramai macam kamu ni. Apa kata kita pergi jumpa kawan-kawan Ahad ni, bincang-bincang. Kat bawah tu je, dekat je. Ya, gereja tu. Penduduk bersungguh-sungguh mengharapkan supaya sekurang-kurangnya sebuah surau kecil dapat dibina di situ, selain kes murtad tersebut dirujuk kepada pihak sepatutnya. Bukan mereka tidak melakukan apa-apa, aduan telah dibuat kepada pihak JHEAINS, tetapi tidak ada tindakan diambil. Ah, orang-orang tua dari kaki gunung ini, abaikan sahaja..Bukan dia dapat menjejaskan apa-apa..

Sudahlah asyik melontarkan simpati berterusan kepada anak-anak Palestin yang kelaparan dalam peperangan, kerana mati mereka dalam keimanan. Usahlah sibuk membicarakan kemanusiaan dan kezaliman, kerana pergi mereka mendampingi Tuhan. Susukan dulu anak di halaman, sebelum menyusu kera di hutan, kerana tanpa susu, anak itu mungkin mati dalam kekufuran!

(PSS akan mengadakan ziarah ke Kampung Kionsom Kecil bertemu Ketua Kampung dan membincangkan masalah-masalah yang membelenggu penduduk di sana, menyampaikan tajaan Set Selamatkan Aqidah daripada anda, dan mengusulkan kepada JHEAINS supaya diberi peruntukan membina surau di sana dalam masa terdekat. Kami juga mengalukan sumbangan berbentuk kewangan atau bahan makanan.)

(sumber:nurilhakim.blogspot.com)


(Ya Allah selamatkan aqidah kami..selamatkan aqidah saudara-saudara seISLAM kami..Jauhkan kami daripada golongan kuffar..)