Showing posts with label cetusan minda... Show all posts
Showing posts with label cetusan minda... Show all posts

Wednesday, February 11, 2009

KEMELUT POLITIK perak..


6 SEBAB PERLU PERTAHANKAN PERAK

1. Tiada satu pun parti yang mempunyai majoriti mutlak untuk memerintah negeri Perak.

2. Sultan tidak sepatutnya diperdaya dengan permainan lompat ini dan terpaksa berhadapan dengan kerenah penubuhan kerajaan setiap kali tiga orang melompat keparti lain.

3. Keadaan masa kini adalah tidak stabil kerana tiada siapa yang dapat menghalang tiga ADUN daripada melompat keparti lain dimasa depan. Kredibiliti keempat-empat ADUN ini adalah rapuh dimana sekurang-kurangnya seorang daripada mereka telah melompat sebanyak dua kali dan kemampuan mereka untuk berpegang kepada janji yang dibuat kepada rakyat amat dicurigai.

4. Dalam keadaan ini, mandat baru dari rakyat merupakan satu-satunya pilihan yang ada. Untuk membentuk kerajaan dengan menggunakan Ahli Dewan Undangan Negeri yang bermasalah, dua daripadanya sedang menghadapi tuduhan rasuah yang didakwa oleh Barisan Nasional yang telah meminta supaya kedua-duanya digantung perkhidmatan menjadikan system demokrasi ini ditertawakan ramai.

5. “Didalam keadaan biasa, Yang DiPertuan Agong tidak boleh menghalang permintaan untuk pembubaran Parlimen. Tanggungjawab Baginda hanyalah untuk mengesahkan.” Raja Azlan Shah…didalam bukunya yang bertaju, “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance .”

6. Dalam Perkara 16/6, system Raja Berpelembagaan Malaysia, Sultan hanya ada kuasa melucutkan jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) tapi tidak Menteri Besar. MB hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran DUN, undi tidak percaya dalam sidang DUN ataupun Menteri Besar sendiri meletakkan jawatan.

Perutusan MB Perak, YAB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin

BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi. Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut

Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang. Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama. UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa. Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan. Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit. Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

Menteri Besar Perak

Pada hemat saya sebagai warganegara Malaysia, adalah tidak wajar pihak BN merampas PERAK setelah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Perbaikilah kesalahan yang lalu, jangan cuba bermain dengan api nanti akan mendatangkan mudharat pada diri. Rakyat sudah tidak mempercayai kepimpinan BN, oleh itu jangan membuang masa dan membazir tenaga, ada banyak lagi hal negara tidak selesai. Kepada semua rakyat Malaysia khususnya jangan bertindak tanpa berfikir dan meneliti..

Thursday, January 22, 2009


...DEMOSTRASI tanda SETUJU atau BANTAHAN...

Bila menyebut demostrasi ada yang berfikir ia satu bentuk bantahan dan merupakan keganasan. Ada yang mempunyai pemikiran yang cetek menyatakan, " demostrasi nie membuang masa dan tidak dapat membawa apa-apa perubahan isu di Palestin." Inilah pemikiran mahasiswa/i IPTS atau IPTA sangat cetek dan boleh saya katakan disini ada pengaruh sekularisme.



Gencatan senjata telah diarahkan keatas Israel untuk menghentikan peperangan yang berlaku akibat daripada DEMOSTRASI yang dilakukan oleh negara-negara luar termasuk rakyat Amerika sendiri, Israel dan Amerika sendiri akan merasa tempiasnya. Gencatan senjata yang dibuat ini juga adalah atas suara masyarakat dunia terhadap keganasan dan kerakusan Israel terhadap Palestin. OIC hanya mampu berbincang beberapa hari, namun tindakan tidak serupa bikin.Resolusi PBB juga turut tidak menyumbang apa-apa kesan kepada Israel untuk menghentikan peperangan.



KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.“Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Malaysia Future Leadership’ anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA . Pada hemat saya, kenyataan KPT tentang DEMOSTRASI ini sudah jelas terbukti kenapa kita dibenarkan untuk melakukan DEMOSTARSI. Bagi sesiapa yang menyatakan DEMOSTRASI adalah satu langkah yang kurang bijak, baik anda tarik balik kenyataan tersebut sebab itu menampakkan tindakan anda yang kurang matang menangani isu-isu global seperti ini.



Mari sama-sama kita hayati karya penulis Ustaz Ridhuan Mohd Nor ini ;

" Dekad 1960an merupakan tempoh masa yang agak bergelora daripada sudut politik dan sosial, negara kita baru sahaja melepasi tempoh darurat (1948-1960) dimana ancaman komunis merupakan masalah besar kepada negara dan rakyat.Tamatnya darurat meninggalkan impak yang besar seperti faham perkauman, pengenalan ISA, Gagasan Malaysia yang mendapat penentangan daripada Indonesia, Filipina serta Parti Rakyat Brunei. Perang Dingin yang berlaku telah memecahkan dunia kepada dua blok iaitu komunis dan kapitalis, Malaysia selepas tempoh sepuluh tahun merdeka sangat pro Barat manakala fahaman sosialis sangat polular dan ranggi mencabar ‘establishment’ terutama bagi kelompok anak muda yang berpendidikan.


Dasawarsa ini telah mempotretkan sejuta wajah kesengsaraan kepada dunia amnya, dunia yang terbelah kepada dua akibat perang dingin, tekanan kepada gerakan Islam di dunia Arab oleh regim sosialis seperti pembantaian kepada Ikhwanul Muslimin, perjuangan kemerdekaan di Afrika, serangan Amerika terhadap Vietnam, darah tumpah dimana –mana di atas nama ‘colateral damage’.Di negara kita , gerakan Mahasiswa menikmati zaman kegemilangannya dalam tempoh ini dengan imej intelegensia ‘ bersuara rakyat’yang suaranya didengar oleh rakyat kerana mereka adalah kelompok kecil yang terpilih berada di menara gading. Satu peluang yang sukar diperolehi oleh masyarakat awam dalam tempoh tersebut terutama bagi orang-orang Melayu.


Gerakan mahasiswa telah melakukan pelbagai bantahan untuk menyuarakan nurani mereka supaya didengar oleh kerajaan dan rakyat, diantaranya ialah demonstrasi membantah ISA pada tahun 1964 serta membantah ‘Suitability Certificate’ pada tahun yang sama.Pada tahun 1966 sempena dengan kedatangan Presiden Amerika Syarikat iaitu L.B Johnson ke Malaysia, mahasiswa telah mengadakan demonstarsi besar-besaran akibat membantah dasar luar amerika.''

Oleh sudah sampai masanya kita melakukan anjakan paradigma melangkah kehadapan dan berfikir sebagai seorang mahasiswa yang profesional dan mempunyai daya keintelektualan yang tinggi.