Thursday, January 22, 2009


...DEMOSTRASI tanda SETUJU atau BANTAHAN...

Bila menyebut demostrasi ada yang berfikir ia satu bentuk bantahan dan merupakan keganasan. Ada yang mempunyai pemikiran yang cetek menyatakan, " demostrasi nie membuang masa dan tidak dapat membawa apa-apa perubahan isu di Palestin." Inilah pemikiran mahasiswa/i IPTS atau IPTA sangat cetek dan boleh saya katakan disini ada pengaruh sekularisme.



Gencatan senjata telah diarahkan keatas Israel untuk menghentikan peperangan yang berlaku akibat daripada DEMOSTRASI yang dilakukan oleh negara-negara luar termasuk rakyat Amerika sendiri, Israel dan Amerika sendiri akan merasa tempiasnya. Gencatan senjata yang dibuat ini juga adalah atas suara masyarakat dunia terhadap keganasan dan kerakusan Israel terhadap Palestin. OIC hanya mampu berbincang beberapa hari, namun tindakan tidak serupa bikin.Resolusi PBB juga turut tidak menyumbang apa-apa kesan kepada Israel untuk menghentikan peperangan.



KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.“Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Malaysia Future Leadership’ anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA . Pada hemat saya, kenyataan KPT tentang DEMOSTRASI ini sudah jelas terbukti kenapa kita dibenarkan untuk melakukan DEMOSTARSI. Bagi sesiapa yang menyatakan DEMOSTRASI adalah satu langkah yang kurang bijak, baik anda tarik balik kenyataan tersebut sebab itu menampakkan tindakan anda yang kurang matang menangani isu-isu global seperti ini.



Mari sama-sama kita hayati karya penulis Ustaz Ridhuan Mohd Nor ini ;

" Dekad 1960an merupakan tempoh masa yang agak bergelora daripada sudut politik dan sosial, negara kita baru sahaja melepasi tempoh darurat (1948-1960) dimana ancaman komunis merupakan masalah besar kepada negara dan rakyat.Tamatnya darurat meninggalkan impak yang besar seperti faham perkauman, pengenalan ISA, Gagasan Malaysia yang mendapat penentangan daripada Indonesia, Filipina serta Parti Rakyat Brunei. Perang Dingin yang berlaku telah memecahkan dunia kepada dua blok iaitu komunis dan kapitalis, Malaysia selepas tempoh sepuluh tahun merdeka sangat pro Barat manakala fahaman sosialis sangat polular dan ranggi mencabar ‘establishment’ terutama bagi kelompok anak muda yang berpendidikan.


Dasawarsa ini telah mempotretkan sejuta wajah kesengsaraan kepada dunia amnya, dunia yang terbelah kepada dua akibat perang dingin, tekanan kepada gerakan Islam di dunia Arab oleh regim sosialis seperti pembantaian kepada Ikhwanul Muslimin, perjuangan kemerdekaan di Afrika, serangan Amerika terhadap Vietnam, darah tumpah dimana –mana di atas nama ‘colateral damage’.Di negara kita , gerakan Mahasiswa menikmati zaman kegemilangannya dalam tempoh ini dengan imej intelegensia ‘ bersuara rakyat’yang suaranya didengar oleh rakyat kerana mereka adalah kelompok kecil yang terpilih berada di menara gading. Satu peluang yang sukar diperolehi oleh masyarakat awam dalam tempoh tersebut terutama bagi orang-orang Melayu.


Gerakan mahasiswa telah melakukan pelbagai bantahan untuk menyuarakan nurani mereka supaya didengar oleh kerajaan dan rakyat, diantaranya ialah demonstrasi membantah ISA pada tahun 1964 serta membantah ‘Suitability Certificate’ pada tahun yang sama.Pada tahun 1966 sempena dengan kedatangan Presiden Amerika Syarikat iaitu L.B Johnson ke Malaysia, mahasiswa telah mengadakan demonstarsi besar-besaran akibat membantah dasar luar amerika.''

Oleh sudah sampai masanya kita melakukan anjakan paradigma melangkah kehadapan dan berfikir sebagai seorang mahasiswa yang profesional dan mempunyai daya keintelektualan yang tinggi.


No comments: